ATTENTION PLEASE !!
setiap apa yang terlahir dari bibir semua bermula dari hati . setiap kata yang terlafaz adalah apa yang kita fikirkan . ungkapan yang sama makna yang berbeza . biarlah bahasa yang berbicara .

oke ta ini blog????

kisah semester 1 dan cuti dan semester

Assalamualaikum . 


heeeee~~~ oke hye semua . dah lama sungguh aku tak hapdet belog . mesti korang bosan kan sebab aku asyik cakap benda yang sama je . hihihi . sikit sikit dah lama tak hapdet belog . maaf . jangan membenci . sebenarnya ada banyak perkara yang berlaku sampai aku sendiri pon tak tau nak cerita pasal apa . hihihi . sadis sungguh . 

oke disaat aku menaip entry aku sedang berhoneymoon di rumah manis rumah . sebab sekarang tengah cuti sem . phewwww~~~ jangan tanya apa yang aku buat selama aku bercuti , sebab jawapan nya akan buat aku nak hempuk kepala kat atas keyboard lappy nie . nampak tak aku tak boleh terima kenyataan yang aku tengah membeso kan badan selama aku bercuti . ohhh so sweet pija . =.=' 

seterusnya aku membantu mama ku menjaga kedai . nampak tak tu adalah sedikit kerja kerja yang membasarkan badan . walaupun hanya sekadar kedai runcit . asyik makan jee . tak makan nasik tapi makan jajan kejadah tu semua . haihhh . bila la nak kurus . T_T . tssskk tsskk .

abaikan pasal kes membesarkan badan . aku nak cerita pasal campus life aku . sepanjang aku berada di U ni terlalu banyak benda yang aku belajar . belajar berdikari . belajar hidup susah . jumpa ramai kawan yang bermacam macam ragam . serius wey . sangat best . walaupun aku bukan jenis yang *hu ha hu ha* memekik menggedik tak tentu pasal tapi aku ade ramai kawan sebab mungkin aku nie jenis yang happy memanjang . dengan roomate yang super duper best dan kawan yang satu kepala memang happy la .

wajah kesayangan hamba . :) love u all okeh . 


korang tau tak kawan aku yang dua orang nie . ish pantang tengok laki ade je impian diorang . tapi ape pon diorang ni sangat hebat sebab berjaya goda tapi tak dapat jadi cinta hati . hihihi . *salah teknik kot kawan . o_0 . aku harap korang la kawan yang akan kekal jadi kawan sampai bila bila . tak mau la jadi kawan kejap kejap . tak best . 

sekarang tamat lah dunia semesta 1 aku . serius sangat best sebab diorang memang sangat sporting dan kelakar gilaa . kadangkan bila aku ingat balik gelagat kawan kawan aku ni mesti aku akan pikir balik betol ke kitorang ni bakal cikgu ? bakal pendidik ? hmmmm tunggu dan lihat jelah .  


bersama abang dan kakak yang macho . weewittt . 


oke lah nnt aku sambung lagi . sekarang nak mandi dah masuk time keje nie . hihihi .

kbai .


terima kasih kerana baca entry ini !! ;)

No comments:

Post a Comment

kau komen kau comel !!! <3