ATTENTION PLEASE !!
setiap apa yang terlahir dari bibir semua bermula dari hati . setiap kata yang terlafaz adalah apa yang kita fikirkan . ungkapan yang sama makna yang berbeza . biarlah bahasa yang berbicara .

oke ta ini blog????

CERITA TAHUN BARU

Assalamualaikum .

HAPPY NEW YEAR !!!


hai , dah tahun baru rupanya . gamaknya aku ni hapdet blog memang sataun sekali je . dah naik besawang, semak samun blog ni . memang tak dapat nak dinafikan lagi asal tahun baru je mesti ada azam yang berderet-deret dalam list . contohnya macam ni : *azam saya tahun ni, nak rajin-rajin-rajin-rajin hapdet blog, nak kurus, nak lebih positif, nak itu, nak ini, bla.. bla.. bla...* memang yang lazim nya setiap awal tahun akan keluar kata-kata macam ni. oke dah tersangat la muak kan . 

memang semua orang ada azam . aku sendiri pon ada azam . tapi kan bila fikir balik tak semua azam dapat ditunaikan on the spot. sekurang-kurangnya kita meletak target dalam kehidupan kita . ada la sikit nampak arah tuju kehidupan kita tu kan . hihihihi *gelak dengan penuh sopan. 


bila dah masuk tahun baru ni, maka dengan rasminya meningkat lah usia aku . Alhamdulillah . aku masih bernafas . tapi bila kira-kira balik umur aku, hoooo maaiiiii gaddddddd !!!! doplohdua dah . tara ni nak kira muda lagi ka dak ?  kena pikiaq balik ni . huhuhuhu . -- mak ... cek nak kawen *kedipkedip mata. 

bila umur dah meningkat ni Alhamdulillah, Allah tu masih sayang kat aku . pintu hati ni terbuka nak berhijrah . walaupun berhijrah tak banyak, sekurang-kurangnya ada jugak la perubahan kan . dulu masa zaman kejahilan, macam-macam perangai aku buat . mudah-mudahan aku di bagi jalan untuk terus beristiqamah . 


nak riview cerita tahun lepas pun tak ada apa yang menarik . macam biasa student life and nothing spesial . cuma penghijrahan yang berlaku pada diri aku tersangat lah manis . *macam gula-gula kapas. seterusnya, berharap tahun baru ni akan ada banyak cerita yang gembira . peace ^_^Y .


kbai .


terima kasih kerana baca entry ini !! ;)

reunion ex classmate

Assalamualaikum .


hari ni aku ada aktiviti yang sungguh indah . korang pernah tak rasa macam mana bila kita dapat jumpa kawan kelas kita zaman dahulu kala . kompom rasa macam jumpan ANUAR ZAIN tak pun macam jumpa pakcik JOZAN yang giler fames tu . *jerit sampai nak tercabut anak tekak kan . 


macam tu la yang aku rasa bila hari ni tarikh keramat 9 FEBRUARI 2013 kitorang buat reunion setelah 2 tahun meninggalkan zaman senior-senior form 6 dulu *konon time tu jadik abang dan akak kawasan la . bajet lagik time tu  . sekarang dorang dah banyak berubah . dah ada haluan masing masing . ada yang pegi belajar , ada yang keja , ada jugak yang buat tak tau ja . hahaha . sapa la tu ? bila dapat ja jumpa diorang semua ni happy gila weii . riuh satu KFC BAGAN SERAI tu dengar suara kitaorang jaa . kecoh . thanx jugak kat bekas guru kelas kitorang dulu . cikgu memang sporting sebab sanggup luangkan masa untuk jumpa kitorang yang masuk air bagai ni . tapi ada jugak yang tak dapat datang . serius wey aku tersangat frust . tak pe lah . tak de rezeki aku nak jumpa dengan diorang . 


oke . meh aku nak cerita serba sikit pasal dorang ni . gambar atas tu yang sebelah kiri sekali nama dia pilai . what ?? pilai ? natang hape tu ? tanye la dia nanti . awat nama dia pilai . hihihihi . nama betoi dia siful yazni *maaf kalau salah eja . haaa . dia ni amboi aih . jenuh nak pujuk dia pi belajaq kat UMT . pasai dia kata jauh . hahahaha . oke la tu , mat rempit pun boleh masuk . hang dah buktikan kat semua yang mat rempit pon boleh berjaya . * ni kalau dia macam mesti cakap macam ni " naaaaaaaaahhhh " haahahaha . tredmark dia tu . 0_o . oke sebelah dia tu fizi . hurmmm dia ni kan JJ . ape menda JJ tu pija oi ? . sat nak habaq nie , JJ tu bukan JEJAKA JAMBU , tapi JURURAWAT JANTAN . kelasss habaq hang fizi oiiii . hihihihi . yang pakai baju hitam tinggi gedabak tu nama dia nasha . selaku ketua kelas kami dulu , sekarang dia keja kat UKM (universiti kilang malaysia) . dia kata aaaaa , bukan aku oke , dah berjaya. denagq kata dah pakai keta sekarang . hamboiii bergaya sakan habaq hang . oke yang belakang cikgu kesayangan aku tu montel . hahahaha *gelak kuat kuat . nomi punya keja la ni panggil dia montel . nama dia zam . dia sempat satu kelas dengan aku samapi lower 6 ja . sebab dia pegi sambung belajar dekat politeknik perda .kalau tak silap laa . *maafkan saya kalau silap . yang belakang namapk muka sikit ja tu nma dia akmal . dia belajar kat UiTM Shah Alam . kos dia aku tak pasti yang pasti tadi dia bawak DSLR canon . weeeee~~ jeles baq hang . kat depan yang baju hijau ni bukan classmate aku . tapi kawan dengan budak kelas aku . rapat sesangat . so kemana saja reunion kitorang dia akan join . tak kisah pon dia join . dan sekarang dia belajar kat satu tempat dengan aku tapi kos lain . dia budak sains sukan . ohh lupa pulak nama dia azmir . belakang azmir tu nama dia adly . dia ni boleh di kategorikan sebagai calon wakil rakyat DUN kuala kurau . pon boleh pon boleh . dia ada gaya tau . hahahaha . tahun ni bole masuk pencalonan la nooo . dia sekarang keja dengan nasha sekali . tapi kata nasha , "dia operator, bawah sikit pangkat dia pada aku " hahaha . lawak la hampa ni. yang pakai belang belang yang nampak ade lighting lebih sikit tu * hahahahaha , gelak jahat , nama dia faizal . nak glemer sikit orang panggil dia pak cha , kalau dalam fesbuk lagi glemer , "john black " fuyoooo . omputih baq hang . pakai baju merah yang comei comei tu awang . dia sambung belajar dekat sarawak . dia sorang ja dapat pegi seberang sana . dia ni kelakar gila . kawan kawan dia suka buli dia . tapi dia tak marah pun . macam suka pun ada . hihiihi . yang hujung kanan sekali tu nama dia nizam . pesaing terhebat aku . yeke ? ye la kot . satu U dengan aku . tapi dia amik kos sejarah . whattt ? sejarah ?? boring * muka menyampah . hik hok hik hok . ada lagi dua tiga kerat budak laki lai nyang tak de dalam gambar ni . diorang pon best jugak . ade kaki tidur , ade jugak kaki melawa . metroseksual gitu . hehehe


yang pompuan pulak aku nak cerita . yang hujung kiri sekali tu rara . amboi bagi nama glemer teros . ala aku panggil dia lah je . lagi senang . hihihi . manusia yang tinggi lampai ni sambung belajar dekat UMT . kos kaunseling . dasyat o0o0o0 . nanti boleh bagi khidmat kaunseling kan . dulu dia ni tak mau sambung belajar , kena tocher sedas dengan cikgu teros pegi . good girl . dia kata seronok o0o main ayaq banjir kat sana . sebelah dia jannah . nama glemer dia jan . klako nak mampuih . hihihihi . seronok sangat kalau dapat hang out denga dia , sebab kerja dia akan gelak tanpa henti . *rasanya terputus urat kentut kot . hahahaha . gelak sampai termuntah pun dia boleh buat tau . hebat betul jan ni . =,=" . yang tengah tengah tu kompom cikgu . hihihi . oke sebelah cikgu tu abaikan . ohh gemokkkk . hahaha . makan manyak sangat cuti ni . *padahal memang dah macam tu  --_--" . sebelah saya tu sya syoo . hihihi budak sepet . dia sambung belajar dekat USM . ohsemm dia ni . sebab berjaya masuk USM . aku pon tak lepas . *tak mintak ponn . kikiki . oke menjadi salah satu pesaing terhebat aku . lag sorang tu nomi . eh bukan yang belakang tu , bukan yang laki tu . yang laki tu shukri . hurmmm nomi tak de dalam gambar ni sebab dah balik . nomi sambung dekat UiTM seri iskandar . kos dia pembangunan sumber manusia . budaknya kecik-kecik je , pemalu pulak tu . 
kesimpulannya korang memang owesome dari dulu sampai sekarang . sebab korang adalah sahabat sahabat yang terhebat . cikgu pun adalah cikgu yang terbaik sebab sanggup layan kami yang otaknya mengong mengong . hihihi . thanx korang semua . reunion kali ni memang yang terhebat . sayang korang sangat-sangat oke . nanti kita jumpa la lagi tau . 


kbai .
   





terima kasih kerana baca entry ini !! ;)

penyakit migraine

Assalamualaikum .

hai . oke hari ni aku nak bagitau yang aku sakit sangat kepala . arghhhhh . stress . *oke berharap korang simpati . hahahaha . *sambil buat muka mintak penampar . berdasar kan apa yang aku search kat pakcik google sakit yang aku alami ni adalah migraine . korang tau tak ape tu migraine ? haaaa meh nak bagitau sikit .

oke . MIGRAINE nie merupakan satu penyakit yang terjadi di bahagian kepala . kesakitan yang dialami ni selalunya teramat la sakit . macam yang aku alami malam tadi . aku selalunya sakit pada sebelah bahagian je . sebelah kanan . lazimnya orang yang mengalami penyakit ni akan mengalami gangguan untuk melakukan rutin harian dia . tu yang dia akan mula mintak MC . hehehehehe . *macam aku je tuu . =.=

sekarang mari kita tengok ciri-ciri umum penyakit ni . orang yang sering mengalami denyut-denyut di bahagian kepala dan hanya sakit sebahagian kepala sama ada pada sebelah kiri atau kanan , mungkin dia adalah penghidap migraine . selain itu, berasa loya-loya dan akan menjadi lebih teruk sekiranya korang terkena silauan cahaya atau semasa memanjat tangga . 

mengikut kajian punca yang di menyebabkan berlakunya penyakit migraine ni adalah keturunan . kajian juga mengatakan penyakit ni selalunya dihidapi oleh golongan wanita . hurmmmmm mungkin stress kot . orang pompuan kan selalunya banyak sangta benda nak pikir . 




ramai yang tanya macam mana nak merawat penyakit migrain ni . selalunya aku amik PAIN KILLER je . boleh dapatkan kat farmasi yang terdekat . kalau kat tempat aku farmasi yang femes farmasi UMAIZA . * cepat ramai2 serbu . huhuhu . lagi satu kalau nk kurangkan sakit ni korang kurangkan mengambil makanan yang mengandungi kafien dan cheese . chesse ? haihhh . yang tu febret oke . =,= . oke kene kurangkan . sebab sangat-sangat tak tahan dengan serangan migraine . aku serenderr weii . lagi satu korang kene jugak kurangkan makan MSG . menatang hape tu ?? haaa , yang tu ajinomoto . elok tak payah rase langsung . benda tu memang tak elok . korang boleh ganti dalam masakan korang macam PERENCAH HILAL ke macam PASTI SEDAP ke atau pon SECUKUP RASA dalam makanan korang . korang jugak boleh cuba minum air anugerah yang telah dibacakan dengan ayat2 AL-QURAN . sangat bagus . cewahhh promote habis . hehehehe
* nie bende2 yang aku sebut kat atas tadi . :)

oke lah yang tu je nak cite . mudah-mudahan entry yang aku taip ni dapat bantu korang atasi masalah migraine . aku tau sangat sakit bila migrain ni serang . sebab aku pun mengalaminya . 

kbai .



terima kasih kerana baca entry ini !! ;)

kisah semester 1 dan cuti dan semester

Assalamualaikum . 


heeeee~~~ oke hye semua . dah lama sungguh aku tak hapdet belog . mesti korang bosan kan sebab aku asyik cakap benda yang sama je . hihihi . sikit sikit dah lama tak hapdet belog . maaf . jangan membenci . sebenarnya ada banyak perkara yang berlaku sampai aku sendiri pon tak tau nak cerita pasal apa . hihihi . sadis sungguh . 

oke disaat aku menaip entry aku sedang berhoneymoon di rumah manis rumah . sebab sekarang tengah cuti sem . phewwww~~~ jangan tanya apa yang aku buat selama aku bercuti , sebab jawapan nya akan buat aku nak hempuk kepala kat atas keyboard lappy nie . nampak tak aku tak boleh terima kenyataan yang aku tengah membeso kan badan selama aku bercuti . ohhh so sweet pija . =.=' 

seterusnya aku membantu mama ku menjaga kedai . nampak tak tu adalah sedikit kerja kerja yang membasarkan badan . walaupun hanya sekadar kedai runcit . asyik makan jee . tak makan nasik tapi makan jajan kejadah tu semua . haihhh . bila la nak kurus . T_T . tssskk tsskk .

abaikan pasal kes membesarkan badan . aku nak cerita pasal campus life aku . sepanjang aku berada di U ni terlalu banyak benda yang aku belajar . belajar berdikari . belajar hidup susah . jumpa ramai kawan yang bermacam macam ragam . serius wey . sangat best . walaupun aku bukan jenis yang *hu ha hu ha* memekik menggedik tak tentu pasal tapi aku ade ramai kawan sebab mungkin aku nie jenis yang happy memanjang . dengan roomate yang super duper best dan kawan yang satu kepala memang happy la .

wajah kesayangan hamba . :) love u all okeh . 


korang tau tak kawan aku yang dua orang nie . ish pantang tengok laki ade je impian diorang . tapi ape pon diorang ni sangat hebat sebab berjaya goda tapi tak dapat jadi cinta hati . hihihi . *salah teknik kot kawan . o_0 . aku harap korang la kawan yang akan kekal jadi kawan sampai bila bila . tak mau la jadi kawan kejap kejap . tak best . 

sekarang tamat lah dunia semesta 1 aku . serius sangat best sebab diorang memang sangat sporting dan kelakar gilaa . kadangkan bila aku ingat balik gelagat kawan kawan aku ni mesti aku akan pikir balik betol ke kitorang ni bakal cikgu ? bakal pendidik ? hmmmm tunggu dan lihat jelah .  


bersama abang dan kakak yang macho . weewittt . 


oke lah nnt aku sambung lagi . sekarang nak mandi dah masuk time keje nie . hihihi .

kbai .


terima kasih kerana baca entry ini !! ;)

bila nak kawen ?

Assalamualaikum...

dah lama kan tak hapdet belog nie . siyes tersangat rindu . cuma masa tak mengizinkan untuk aku hapdet blog . what ?  x de masa . nampak tak permainan dia kat situ . hehehehe . cuma belom ade mood nak hapdet . banyak cerita yang nak diceritakan kat belog nie . korang tau tak ramai kawan aku yang dah kawan . see . aku jeles gila oke . kenapa aku yang dah lama berkawan dengan MYSUPERRMANN tu tapi tak kawen lagi . haaaa . itu lah yang dikatakan jodoh . kalau seru tu dah sampai dan hati koramg telah terbuka untuk kawen . bagos la tu . aku ni mungkin belom jodoh lagi . tak sampai seru lagi . doakan je la semoga jodoh aku dipercepatkan  . :) 

tapi aku nie dah mula timbul KEGATALAN yang amat tinggi untuk berkahwin . hehehehe . sebabnya aku sangat teruja bila dengar ramai yang kahwin muda sekarang . serius . macam best je . walau pun tanggungjawab amatlah berat dan hidup kita akan berubah 360 darjah tapi irang kata "YANG HALAL ITU INDAH" kannnn ? oleh sebab itu , hati aku membuak-buak nak kawen cepat . apakan daya jodoh lambat lagi kot . apekate , korang tolong doakan aku supaya dapat kawen cepat . hihihihi . nampak tak kegatalan aku kat situ . 

InsyaALLLAH . Mr. right dah ada . cuma tunggu seru je lagi . :) doakan aku dan si dia dapat bersama ke jinjang pelamin dan hingga ke akhir hayat yee . hidup kita sudah di tentukan cuma kita je yang tak tahu ape yang akan mendatang ,

last . aku simpulkan yang aku nak kawen cepat . hahaha . bukan desprate tapi jeles tengok korang kawen awal . 

kbai .


terima kasih kerana baca entry ini !! ;)

kisah selama tak hapdet belog .

Assalamualaikum .



heeee~~ serius dah lame tak hapdet aku punye belog nie . dah bersawang , semak samun bagai kan . kesian kau belog . di sebabkan dah lama tak hapdet belog , mesti la banyak giler cerita yang aku tak kongsi kat sini . so aku na story sikit pasal kehidupan aku selama aku ak hapdet belog nie .

first sekali
- hidup aku lepas STPM , lebih banyak di luangkan dekat kedai runcit mak aku . kira jadi pekerja tetap la kan . dalam menunggu keputusan STPM aku keluar , aku dah berjaya keluarkan kereta sendiri . nama dia BABY SAVY . nak tengok tak baby savy kite ?? huhuu jap eh . 


tadaaaaa . ha tudia aih .MYSUPERMAN kan cakap kete nie like kura-kura . how dare u sayang . pukk kang !! alah kura-kura pon awak naik jgak kan sayang . disebabkan aku akan sambung belajar , MYSUPERMAN akan share bayar bulan-bulan . hahaha . hamek kau . 

second
- hari tunggu result . serius , perasaan takut , gementar dan gelabah mesti ade dalam diri aku nie . mase nak amik result tu kawan-kawan semua tenangkan diri masing-masing . ntah ape la mase depan aku kan . bila tiba je mase cikgu umum kan 6 best student , dalam hati aku , tak target pun aku tercalon kan . kiter nie tak la pandai mane . ( dalam hati dok mengharap ) huhuhu . at last , nama aku tersenarai . menagis beb . SYUKUR ALHAMDULILLAH . dapat jugak aku happy kan mak ayah aku . thanx kepada semua yang sentiasa mendoakan kejayaan aku . :) loveyouall oke .

*sumpah geram tengok gambar nie ( photographer konon nak kandid )

third
- setelah mendapat result . saat penentu hidup aku pon muncul . aku paling tak suka nak jadik seorang cikgu . sebab aku tak mampu nak mendidik orang . aku sendiri pon tak terdidik lagi . haiyooo . tapi tu la orang cakap rezeki aku kan . akhirnye aku dapat tawaran sambung belajar dekat sebuah IPTA yang diberi nama UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS . mase mula-mula check macam tak percaya . aku buat la recheck untuk kepastian . keputusan tak berubah . tetap sama . bakal menjadi seorang pendidik . 


last sekali 
- kini aku dah menjadi anak kandung suluh budiman . menjadi salah seorang bakal pendidik . semoga apa yang telah di tentukan kepada aku ada hikmah disebaliknya . :)

*bersama roomate saya . ohsemm kamu nurul .



oke sampai sini je aku story . nanti aku hapdet pulak kehidupan sebagai student .

ingat , segala yang di tentukan pasti ada hikmah . terima dan redha dengan apa yang telah di tetapkan . mudah-mudahan ada kebaikan di akhirnya .
kbai .


terima kasih kerana baca entry ini !! ;)

Lights Graffiti

Assalamualaikum...


heeee~~ oke danbo comel nie tak de kene mengena dengan entry aku kali nie yee !! aku cuma nak tunjuk kan betapa comel nye danbo nie . hihihihihi

ekceli , tadi aku buat BW kejap , saje isi mase lapang . ingat tak nak buat entry . tapi hati aku nie membuak-buak untuk sharing dengan korang pasal LIGHT GRAFFITI . mase aku BW nie aku terjumpe blog nie (tekan sini) cantik oke .

ini antara gambar yang aku tengok dekat HIKARIMOJI LIGHTS GRAFFITI   

nie salah satu gambar yang cantik aku tengok  =)

serius weyhh , cantik . bila aku tengok je hasil gambar ni , terlintas pulak aku nak belaja LIGHTS GRAFFITI nie . aku search dalam you tube cara nak buat nye macam senang . tapi kena practice slalu laa..

hmmmmmm , hadoii gambar nie buat aku bekobar-kobar nak abis kan exam secepat yang mungkin , sebab nak belajar cara na shoot gambar macam nie . ngeee~~~

kalau ada sesape yang tau pasal LIGHTS GRAFFITI ni tolong bagi tau yee !! sebab saya teramat lah berminat  =)

sampai sini jela aku karang mengarang eh . nanti sambung lagi oke .
okbai  =)


terima kasih kerana baca entry ini !! ;)

sakitnye kencing tak lawas =(

Assalamualaikum...


hye korang . hmmm hari ni tak de mood . kenape ? sebab aku ada masalah kesihatan . serius weyh !! ekceli aku ada masalah kencing tak lawas . adeh !! sakit gile . rasa macam-macam .

terjadinye 2 hari lepas sampai hari nie masih lagi sakit . masa tu tengah jawab exam paper sejarah . mungkin disebabkan gabra punye pasal , sampai nak terkencing . tapi tengah jawab pekse biasa la . masa tu kan emas . punya khusyuk jawab sampai tak terasa nak kencing ( padahal dok tahan) . habis je paper terus macam lipas aku meyelinap pegi cari toilet . hihihihihi . hayoooo ... tak puas . tesekat-sekat .balik je rumah muka macam ayam berak kapur je tahan sakit . then cerita kat mak . secara tidak langsung kene FIRE dengan mak pulak . sebab pegi tahan kencing . *padan muke kau pija . 

mak suruh minum air barli . kata mak air barli elok . sebab air barli boleh melawaskan kencing ,boleh mencegah dan merawat batu karang dan menyejukkan badan . disebabkan itu , air yang aku alergik sebelum nie terpakse la aku minum jugak . tak tipu k . minum betol-betol . 

lepas minum aku dah boleh melepas dengan baik . tapi kadang-kadang datang balik sakit tu . jadi dalam aktiviti harian aku , aku amalkan minum air bali .

  *sumber : google

kesimpulannye , amalkan lah minum air barli nie . mencegah kan lebih baik dari merawat . banyak kebaikannye.. =)

p/s : kalau nak kencing , jangan tahan-tahan . pegi cepat

terima kasih kerana baca entry ini !! ;)

EXAM vs ANNIVERSARY

Assalamualaikum..

*sumber : facebook
heeee~~ menggedik tetibe pepagi bute nie . .  tade la , aku sebenarnye nak bagi tau yang izzaq da selamat menjalani pembedahan . oke maybe korang dah tau kan . tape aku nak bagitau jugak . heee~~ ape-ape pon semoga IZZAQ cepat sembuh dan kembali beraksi oke . 
oke fullstop cerita IZZAQ oke . sekarang aku nak story pasal exam aku . haishhhh susah giler weyh ! bukannye ape semua yang aku baca sikit je kene . hadoii . . bengong kejap aku jawab soalan tu . sekarang dah 4 paper aku dah jawab , tinggal lagi 4 paper . aku harap kali nie aku dapat score untuk paper yang akan datang . korang doakan aku yee !! 


oke . hari nie hari anniversary aku dengan hencek fruitheart . yang ke 5 . alhamdulillah dah lame aku berkawan dengan dia . doakan lagi ye aku dengan dia akan kekal sampai ke akhir hayat. =)


  sayang i love you , i miss you , i need you
forever and ever
=)


terima kasih kerana baca entry ini !! ;)

DSLR nikon D7000

Assalamualaikum....

auchaaaaaakkkk !!!

*tekejot tak???

hahaha . sure tak tekejot . maaf ni bukan anak apek jual sayur yee !! ni anak pacek razali oke  =) oke find tak lawak . ekceli aku hari ni nak cerita pasal impian aku yang dah tercapai separuh (cam mane tu ye? ) hmmmm abang aku yang keje kat dubai tuh da pulang ke tanah air . *hihihi ayat skema . so bile dia balik sini aku dapat la rasa kemewahan menggunakan barangan dia yamg memahal tu . nak tau ape kejadah nye ? jap ehhh ...

*sumber : google
heeee~~~ santek tak ?? aku tak tipu wyh .selama aku nie aku berangan je nak dapatkan camera ni dan sekarang , aku da dapat . nengok nie


hehehehe.... berat ouh . oke disebabkan aku baru dapat pegang camera ni , aku pon pegi la ajak best fren aku dan adik aku untuk menjadi model olok-olok aku . secara tidak langsung nie hasilnye .











oke ni first trial aku , harap sangat korang dapat bagi komen yang menggalakkan.. ;))
oke lah aku nak cerita pasal nie je..heeeee~~~ nanti aku post entry yang lain yee...

okbai . ;)

terima kasih kerana baca entry ini !! ;)